aqiqah

4 julai, aku diberi amanah untuk capture majlis aqiqah bagi adik Aliff Najmi.. majlis berlangsung meriah.. sayang betul ibu bapa aliff nih.. waktu kecil kita dibelai, ditatang bagai minyak petrol.. harap kita semua tak lupa jasa ibu-bapa kita. ops tersasar lak. majlis bermula jam 11am n berakhir dalam 2 lebih.. first time job aqiqah nie.. :) thks to aki & iza krana memberikan kepercayaan pada hamba.. :D gambar da delivered ptg td. alhamdulillah.. dgr td adik aliff demam kuning. harap cepat sembuh.. amin~

jom kita lihatt~ :D
majlis aqiqah aliff
22
23
majlis aqiqah aliff
majlis aqiqah aliff

sedikit info:
Apakah maksud aqiqah, syarat dan cara melaksanakannya?.

Akikah ialah binatang berkaki empat yang disembelih pada hari mencukur rambut iaitu hari ketujuh bayi dilahirkan.

Syarat akikah seperti berikut:
1- Penyembelih hendaklah Islam.
2- Alat sembelihan hendaklah tajam. Tidak sah menyembelih menggunakan tulang, kuku dan gigi.
3- Binatang hendaklah berkaki empat, yang halal dimakan dan masih bernyawa.

Cara melaksanakannya:
1- Afdal bagi anak lelaki diakikahkan sebanyak 2 ekor kambing atau menyamai dua bahagian lembu.
2- Bagi anak perempuan diakikahkan seekor kambing atau menyamai satu bahagian lembu.
3- Sunat ditahnik bayi tersebut.
4- Dicukur rambut.
5- Diberi nama.
6- Daging hendaklah dimasak manis sebelum disedekahkan..

info: baheis.islam.gov.my

RidhuanMuhd
013-6964021

1 comment:

gadeskosong said...

ecey~ ko pon jgn lupe jasa mak bapak ko